Ahad, 23 November 2008

Hidup sebagai penganggur

Aku bakal dipindah ke lain department gara2 aku gatal komplen keje aku skrg byk xterlarat dipikul.Heeeheee.Betullah tu aku xtipu, kat sini hidup aku keje n keje n keje. Cuti pun aku jarang abik . Yg aku tau keje je. Oleh sebab itu aku diberi cuti sebulan seblum mula keje baru. Maka hari ini bermulalah aku hidup sebagai penganggur. Erm....penganggur lebih kurang mcm penganggur yg lain2 lah xde keje buat nk melainkan lepak menunggu hari gelap & menghitung hari.Mmg btul2 free tido makan tido makan.Bangun je tido aku masak. Lpas tu lepak dpn tv. Abik kerepek makan sabil tgk tv.Belek majalah.Kemudian zzzzz..Bila terjaga balik aku masuk dapur cr makanan.Kalu xde makanan aku masak.Stok kat peti ais byk.Aku kena habiskan seblum cuti kt kg.Lpas tu bila kenyang aku tido.Macam ular sawa je.Huhuhu..Nk g shopping masih dlm mood lepak kat umah.So layaannlah. Silapye aku sebab xplan awal2 kalu x mesti aku dapat pergi bercuti kat mana2 pulau, gua,bukit,tasik & dll. Ini x habis2 g tasik putrajaya. Best gak kat situ. Byk gak tepat nak berlepak2. Bangunan2 kerajaan pun cantik. Amat menarik. Kagum aku. Kes menganggur ni Bonda aku xtau lagi,saja aku xnk bagtau dia.Nakal kan aku? Saja nk buat kejutan sikit kat dia bila aku balik bercuti ujung migu ni. Ada beberapa urusan lagi aku nk dibereskan sblum pulang ke kampung.Lama tu lepak kat kampung. Boleh bertambah berat badan aku bila kat kampung. Bonda adik rindu masakanmu.

Rabu, 19 November 2008

Terima Kasih Ija & Nor

Terima Kasih Ija & Nor. Terima kasih kerana sudi singgah kat umah aku selama 3 bulan. Walaupun umahku yg seberapa xpenuh perabot tapi cukuplah umah bujang ade jugalah perabot kecik2. Huhuhuhu!!! Sepanjang kalian tinggal kat umah aku, aku cukup bahagia skali. Banyak memori kita bersama. Terutama Ija yg rajin sangat mengemas dan memasak. Seperti kalian tau aku mmg sibuk dgn kerjaku, rumahku sekadar tepat utk aku tido shj. Lain - lain masaku dihabiskan dgn kerja aku yg xpenah reti nak rehat.Hahahaha!!!
Aku bukan memaksa kalian jadi org gajiku yg xde gaji tapi aku harap kalian faham akan kedudukanku yg selalu xlekat kat umah dan outstation. Memang sudah menjadi tabiatku walaupun aku xde kat umah, makanan kat dlm peti aisku xpenah luak. Ade je stock : ikan , ayam , daging , sayur , air vitagen , 100+ dll. Sapai kadang2 aku terpaksa buang sebab stock tu dah lama sangat kat dlm peti ais tu. Dah xleh nak masak. Membazirkan aku ni. Kalian cukup rajin. Selalu memasak sehingga membuat aku bahagia. Mana takye tiap kali balik umah makanan dah tersedia, aku perlu ceduk kat pinggan je. Macam2 kalian masak.Tiap2 ari lain menu baru,kalian siap explorer lagi kat tenet cr menu baru.Seronok aku jadi tukang makan.Nor, terima kasih jadi tukang angkat kain aku!:) Mesti ko merungut kan?aku hanya reti basuh (tupun pakai washing machine auto)dan jemur je. Kesian kat ko petang2 kena angkat kain sebab ko tgk dah 2 ari terangkat. Hahahahaha!!!
Ija, terima kasih byk2 sebab jadi tukang kejut aku dr tido. Aku agak mmg ko pelikkan?Aku selalu je tido kat sofa sebab tu ko kejutkan aku suruh tido kat bilik:) tapi itulah kehidupan aku yg membujang dok sorang setahun ni.Balik keje je penat bila letak kepala je situlah katilku xkiralah atas sofa ke atau carpet ke atas tikar solat kat bilik solat tu.
Sekarang kalian sudah tamat pratikal , selepas ni kalian akan bawa haluan masing2.Ija doaku agar ko dapat sambung peringkat master . Nor, seperti sedia maklum kerja sudah menunggu (maklumlah anak org kaya, balik keje ngan bapak sendiri).Aku? sunyilah lpas ni kalian xde. Kembali kepada kehidupan dulu sorang2 je. Kehidupan yg xreti nak kahwin sibuk ngan keje je. Cari duit punya pasalah. Terpkir
juga nak sewakan bilik yg kalian duduk tu sekurang2ye aku ade teman.Tapi kehidupan aku yg selalu sibuk dan slalu xde kat umah ksian pula kat pnyewa tu nati. Atau aku ni takut perabot dan barang2 kesayangan aku kat dlm umah ni rosak. Jahatkan?

Selasa, 4 November 2008

GEOROFI

Bippp...Bipppp...Msg bebunyi.Inbox "SaIam..Mimi bg aIamat umah , nak ata kad nk menjemput". Terkedu aku biIa membaca msg itu Iantas aku mendaiI number pemiIiknya.
"AssaIamuaIaikum...Kak Idah ape kabar?"
"WaaIaikumusaIam... Kak Idah sihat...Mimi?"
"AIhamduIiIah....Sihat gk..Tahniah kak..Nk kawin ye?"
"Terima Kasih.Bglah alamat"
Begitulah antara perbualan aku ngan Kak Idah." Kak Idah " atau nama penuhnya Nurul Ainil Wahidah bermakna cahaya mata yg pertama.Sungguh indah nama tersebut mahupun tuanye yg baik budi perketi, lemah lembut dan sopan santun. Dia sebaya denganku cuma dipangil kak kerana dia yg pertama dan pangilan itu terikut sapai sekolah menengah. Aku kenal dia semasa bersekolah menengah sama kelas sapai form 3. Bila habis PMR aku berpisah dgnye sehinggalah berjupa balik masa nk abik medical chek - up kat hosptal daerah utk mendaftar ke universiti.
Kak Idah dulu sering saja cemburu dgnku pasa matapelajaran Georafi. Aku bukan budak pandai tapi ntah nape Georofi aku selalu dapat Gred A. Tak kira masa exam ataupun test bulanan aku sering saja mendapat Gred A. Sungguh aku bukan rajin sangat nk ulangkaji Geo tapi aku tetap dapat Gred A. Genius kot? Genius Geo je kot yg lain kurang.
Kak Idah selalu mendesak bertanya padaku macamana aku ulangkaji Geo sapai dapat Gred A.Malah dia meminta aku pijamkan dia nota2 yg aku buat. Jawapanku hanyalah senyum & xtau. Dia masam muka dan melabelkan aku kedekut ilmu. Jujur aku pun xtau sebab aku mmg malas pun. Aku selalu kena marah dek cikgu gara2 homework xsiap bahkan aku mmg xsuka melakar peta2 dan menghafal nama2 tempat dlm subjek Geo. Lain pula Kak Idah, dia mmg rajin nota2nye bercolour2 dan kemas. Aku ade gk tiru mcm dia tapi separuh jalan, aku kn pemalas. Kalu diikut pun skrg aku mmg fail bab Geo ni. Sekarang pun tiap kali mendaki gunung atau dok kat pelantar minyak aku xtau mana arah timur barat selatan utara guna cara fizikal, last2 kompas gk aku pakai. Huhuhuhu.
Akhirya PMR telah berlalu, alhamdullilah Kak Idah dapat juga Gred A dlm Geo. Ingat lagi masa abil keputusan PMR , soalan pertama dr Kak Idah bila dia napak aku. "How 's Geo?'' Aku mmg dh agak itu yg dia tunggu dr aku. Aku senyum jawap "Biasalah, Kak Idah A jugak kan?". Dia mengangguk, dia juara kerana dinobatkan antara pelajar cemerlang dapat 8A. Aku? Mestilah kalah sebab malas tp Geo tetap A.;).Dr situlah kami mula berpisah kerana Kak Idah rajin, pandai, dia ditawarkan ke sekolah asrama penuh manakala aku masih disitu meneruskan perjuangan sapai SPM.
Aku ingat bila dah abis belajar Kak Idah akan jadi Ahli Geologi ataupun paling kurang cikgu Geo. Sangkaanku kurang tepat dia lebih suka bidang Sains. Dia jadi ketua jururawat kat hospital swasta di KL ini. Terbalik lak ngan aku yg bekerja dgn alam kejadian Ilahi , berkaitan dgn minyak selalu kena outstation ke laut atau hutan mencari ciptaan Ilahi yg unik. Sedaah diriku inilah ketentuan Allah pd umatnya.

Sabtu, 1 November 2008

Ikhlas atau Rasa Kasihan?

Rutin harian pada hari bekerja , keluar umah pkul 7.30 am atau 8.00am. Sapai ofis xtentu kadang2 sblum pkul sembilan ada gak terlebih huhuhu !,berpadukan pada tol ldp kat sunway tu kalu jem lewat sapai. Namun aku bertuah ofis aku flexsible hour so kisahlah janji pegi keje. Aku ada 2 cara pegi keje samada naik skuter atau kereta. Aku akan pakai kereta bile ade parking maklumlah ofis aku tu parking terhad and mahal. Aku selalu berkongsi dgn bos aku tepat parking. Kalu dia outstation aku pakailah kereta, kalu x baik naik skuter comelku. Senang nak parking . Dalam sebulan bos aku hanya ade beberapa hari je di ofis yg lain2 keje dia kuar ke negara org putih atau ke warehouse kami di bintulu kat pelantar minyak. Jadi tepat parking keratanya diganti ngan kete aku . Abik pluang huhuhuhu bos itu pun bos aku yg oferkan dulu aku ape lagi setuju je. Aku pulang keje memang lewat selalu ye aku suka pulang dalam pkul 8 itu dah kira jem kat jalan raya dah kurang . Nati lancar je perjalanan pulang nati.
Nak ke rumah aku selepas kuar dr ldp ade lebih kurang 8 trafic light .Maklumlah umah aku taman yg paling last sekali. Semasa sapai trafic light yg kedua aku selalu ternapak seorang budak perempuan sedang menunggu bas . Kasihan aku melihatye kerana itu dah kira lewat utk org menggunakan perkhidmatan awam. Erm... yelah dah kira menghampiri jam sembilan malam. Berdetik di hati aku nk tumpangkan dia, menghantar ke rumahnya, mungkin dia tinggal dalam satu taman tapi aku tak boleh memberhentikan kereta senang2 selepas trafic light sebab aku jenis yg suka pecut selepas itu. Kadang2 aku terlepas pandang bila dah jauh sikit aku baru teringat nak tumpangkan dia. Kasihan aku pada dia sebab dah malam tapi masih menunggu bas.lainlah dok kl itu semua perkara biasa kemudahan banyak ini Puchong agak susah sikit. Minggu ni aku g keje ngan moto bila pulang aku selalu napak dia tapi aku x boleh nak tumpangkan xde helmet. Semlm aku bawa moto aku bawa juga helmet lebih niatku nak tumpangkan budak perempuan tu bilea pulang nati . Seperti biasa kau kuar ofis lepas magrib, aku tiba di bus stop tersebut awale sikit. Aku berhenti nak tugu budak itu. Hampir jam 10 aku tugu tapi x muncul juga. Heran hilang pula budak itu . Or mungkin dia balik awal kot ari ni! Aku menghidupkan enjin dan terus menuju ke rumah. Doaku harap2 budak itu selamat tiba dirumahnya. Mungkin lain hari aku dapat menumpangkan dia pulang ke rumah.

Rabu, 29 Oktober 2008

Terima Kasih Anugerah Ilahi

Jam tiga siang tadi ofis aku ada menganjurkan majlis deepa raya , sempena hari raya dan deepavali di theater room. Pelbagai juadah disediakan dari kedua - dua kaum seperti chapati , satay , rendang , nasi tomato , roti canai dll. Semua staf diwajibkan menghadirkan diri ke majlis tersebut termasuk kaum - kaum yang lain juga. Memang meriah sekali. Aku mengambil mee kari sementara rakanku mengambil satay. Kami berkongsi makan. Dari jauh aku kelihatan Kak Ros mengala ke arah kami. "Mimi , selamat hari raya"ucapnya dengan penuh gembira. "Selamat hari raya"ujar ku balik. "Mimi, dah lama Kak Ros nak jumpa Mimi tapi selalu xjumpa.""Saya ada Kak...xkemana biasalah keje byk jarang makan kat luar tapau je.""Padanlah xjupe kat kafe""Erm...saya pun perasan kak, lama xjupe akak g solat jam berapa?""Xtentu kadang2 awal , kadang2 labat.Selaluye kita jupe je kat surau kan?Kamu"'Saya biasalah kak, lunch. kan elok buat awal2 baik bayar hutang kat Allah dulu baru mulakan keje baru selesa buat keje.""Bagus2...betul2.Ni akak ade hajat sikit ni. Akak nati kamu jgn marah ye!''"Ape nak dimarahi blum ditaye lagi""Kamu dah ade kawan special?"Soalan itu membuatkan aku tersenyum sendirian. Kenapalah hangat sangat soalan itu kepada aku sejak dua menjak ni.Dengan senyum aku membalas"Single and available. Nape nak masuk jarum ke?"Rajin lak aku menjual."Erm..akak nak kenalkan kamu ngan adik ipar akak boleh ke?"Perlahan suara Kak Ros padaku. Rasa merah muka ku dibuatye. Alamak !ada org nak beli ni....."Boleh, mana orgye."Tak sabar pulak."Betul , kamu nak kenal dia?Dia xde kat sini""x salah kan!kan menjalinkan sirahtulrahim itu amalan yg mulia''Pandai pula aku menjawab."Ok, petang ni akak kenalkan kamu dgn dia. Dia selalu abik akak balik keje.Pukul 6 ye''.''Saya kuar ofis labat, pukul 7 ++ baru balik , keje byk kak''"Alaaaa...... jupe kejap je". Malas nak crite pajang aku bersetuju je.
Setelah hampir sejam di theater room aku mengundur diri walaupun majlis belum tamat. Banyak urusan kerja perlu diselesaikan. Telefon di meja berbunyi. "Helo , Mimi speaking ''"Mi, ni Kak Ros , kamu xbalik lagi ke?""Blum"Mataku melirik ke jam meja ku. Sudah pukul 6pm.
"Blum, masih awal. Banyak keje lagi ni.""Akak kat lobby ni""0000.... sekejap ye kak , Mimi turun..""Xpe...xpe Mi...Akak pikir xpayahlah. Malu akak. Kamu tu putih sangatlah xpadan ngan ipar akak.""Apa akak merepek ni?Putih apa ye?"."Kamu tu kulit putih sangat, ngan akak pun kalah.apatah lagi ipar akak yg kelabu asap tu.""Biasalah...xde apa yg bezanya semuanya makhluk Allah."Xpe, Mi. Akak rasa baik xpayah kenal ipar akak tu. Dia gelap nati malu pulak akak....nati kamu kata org hitam macam tu nak kenalkan kat kamu.""Ish! ape pulak, padai2 lak akak ni...Mi ikhlas nak kenal dia...kejap ye nati Mi turun ke lobby.""Xpe2...ipar akak dah sapai ni..akak balik dulu ye.Assalamualaikum""Waalaikumusalam."Aku meletak telefon perlahan. Perbualan tadi mengingatkan aku sama seperti apa yang Bonda menceritkan padaku semasa cuti raya lepas. Ada org cuba merisikku tapi tapi bila melihat dengan mata kepala akan diriku terus membatalkan niat tersebut. Dengan alasan aku putih bak mutiara , bukan lawan anakye. Pelik. Aku akui memang aku tergolong golongan org yg berkulit putih tapi kenapa ianya melayan persoalan ye?Aku bukanye anak kacukan mat salleh atau mana2 bangsa luar. Aku anak melayu tulen. Agaknye istilah pipit sama pipit dan enggang sama enggang masih tidak luput dikalangan rakyat alaf 20-an ini.Ya Allah! Terima kasih atas pemberian-Mu ini. Aku amat rasa bersyukur atas anugerah ini. Akan aku jaga kelebihan yg diberikan oleh-Mu.Terima kasih Yang Masa Esa..

Jumaat, 24 Oktober 2008

Naluri Hati Ibu

Demam. Aku dah tiga hari demam termasuk hari ini. Mana takye hari2 tiap kali balik keje mesti hujan. Maklumlah sekarang dah tiba musim hujan. Menjelang petang je bumi Kl mula dibasahi dengan air hujan yg amat lebat. Bangun tido pagi tadi berat je kepala aku trus aku abik keputusan utk mengambil cuti . X keje lee or maybe work from home. Kalu larat petang sikit aku ke hospital atau klinik utk membuat pemeriksaan. Aku telan ubat demam sediada dua biji , aku kuatkan diri nak bekerja dari umah. Menjelang petang demamku masih xkebah. Badan aku pula xkuat makin lesu. Kepala aku pula rasa nak je cabut n ketuk bagi ringan sikit lpas tu pasang balik huhuhuh. Macam kepala robot. Aku abik telefon mendail number B0nda.
"Assalamualaikum, Bonda "
"Waalaikumussalam , adik nape suara ni xsihat ke?''
"Erm....Bonda kepala adik berat macamana nak ringankan .....ala yg selalu B0nda buat jirus kepala kat adik bila demam.."
"oooo...adik demamlah ni abik asam jawa ada tak kat umah?Kemudian campur dalam air , jirus air kat kepala ulang berkali2 nati ringanlah kepala tu.....teruk ke demam ni?"
"alaa biasalah demam kena hujan "
"Dah g klinik ?''"Blum xlarat lah''
"Patutlah Bonda asyik ingat kat adik je.Patutlah Bonda rasa nak jahit baju adik ni. Mmg Bonda nak cal adik tapi B0nda nak siapkan baju ni dulu kemudian baru nak khabarkan kat adik."
''Bonda adik xlarat ni nak tido tq, Bonda''
"Nak Bonda bgtau abg chik ke?suruh dia dtg abik adik bawa g klinik?"
''Erm...xpe Bonda adik boleh tahan lagi ni nati kebah sikit adik glah umah dia''
"Ubat dah makan?''
"Dah,nak rehatlah Bonda''Nasi dah makan?''Panjang pula pertanyaan Bonda aku ni.
"Makan roti je tadi."'Bolehlah tu...... rehat ye ape2 cepat bagitau Bonda, senang Bonda bagitau Abg Chik tu'' Begitulah akhirnya perbualan antara seorang anak dan ibu. Hati Bonda aku macam tau2 yg anak dia demam. Mungkin ada je suara yg mengkhabarkan perihal aku disini, atau memang lumrah seorang ibu berprihatin akan anaknya.Macam air dicincang tak akan putus , dan syurga dibawah tapak kaki ibu.Tapi bagaimana pula ibu - ibu yg buang anak?.