Jumaat, 24 Oktober 2008

Naluri Hati Ibu

Demam. Aku dah tiga hari demam termasuk hari ini. Mana takye hari2 tiap kali balik keje mesti hujan. Maklumlah sekarang dah tiba musim hujan. Menjelang petang je bumi Kl mula dibasahi dengan air hujan yg amat lebat. Bangun tido pagi tadi berat je kepala aku trus aku abik keputusan utk mengambil cuti . X keje lee or maybe work from home. Kalu larat petang sikit aku ke hospital atau klinik utk membuat pemeriksaan. Aku telan ubat demam sediada dua biji , aku kuatkan diri nak bekerja dari umah. Menjelang petang demamku masih xkebah. Badan aku pula xkuat makin lesu. Kepala aku pula rasa nak je cabut n ketuk bagi ringan sikit lpas tu pasang balik huhuhuh. Macam kepala robot. Aku abik telefon mendail number B0nda.
"Assalamualaikum, Bonda "
"Waalaikumussalam , adik nape suara ni xsihat ke?''
"Erm....Bonda kepala adik berat macamana nak ringankan .....ala yg selalu B0nda buat jirus kepala kat adik bila demam.."
"oooo...adik demamlah ni abik asam jawa ada tak kat umah?Kemudian campur dalam air , jirus air kat kepala ulang berkali2 nati ringanlah kepala tu.....teruk ke demam ni?"
"alaa biasalah demam kena hujan "
"Dah g klinik ?''"Blum xlarat lah''
"Patutlah Bonda asyik ingat kat adik je.Patutlah Bonda rasa nak jahit baju adik ni. Mmg Bonda nak cal adik tapi B0nda nak siapkan baju ni dulu kemudian baru nak khabarkan kat adik."
''Bonda adik xlarat ni nak tido tq, Bonda''
"Nak Bonda bgtau abg chik ke?suruh dia dtg abik adik bawa g klinik?"
''Erm...xpe Bonda adik boleh tahan lagi ni nati kebah sikit adik glah umah dia''
"Ubat dah makan?''
"Dah,nak rehatlah Bonda''Nasi dah makan?''Panjang pula pertanyaan Bonda aku ni.
"Makan roti je tadi."'Bolehlah tu...... rehat ye ape2 cepat bagitau Bonda, senang Bonda bagitau Abg Chik tu'' Begitulah akhirnya perbualan antara seorang anak dan ibu. Hati Bonda aku macam tau2 yg anak dia demam. Mungkin ada je suara yg mengkhabarkan perihal aku disini, atau memang lumrah seorang ibu berprihatin akan anaknya.Macam air dicincang tak akan putus , dan syurga dibawah tapak kaki ibu.Tapi bagaimana pula ibu - ibu yg buang anak?.

Tiada ulasan: