Jam tiga siang tadi ofis aku ada menganjurkan majlis deepa raya , sempena hari raya dan deepavali di theater room. Pelbagai juadah disediakan dari kedua - dua kaum seperti chapati , satay , rendang , nasi tomato , roti canai dll. Semua staf diwajibkan menghadirkan diri ke majlis tersebut termasuk kaum - kaum yang lain juga. Memang meriah sekali. Aku mengambil mee kari sementara rakanku mengambil satay. Kami berkongsi makan. Dari jauh aku kelihatan Kak Ros mengala ke arah kami. "Mimi , selamat hari raya"ucapnya dengan penuh gembira. "Selamat hari raya"ujar ku balik. "Mimi, dah lama Kak Ros nak jumpa Mimi tapi selalu xjumpa.""Saya ada Kak...xkemana biasalah keje byk jarang makan kat luar tapau je.""Padanlah xjupe kat kafe""Erm...saya pun perasan kak, lama xjupe akak g solat jam berapa?""Xtentu kadang2 awal , kadang2 labat.Selaluye kita jupe je kat surau kan?Kamu"'Saya biasalah kak, lunch. kan elok buat awal2 baik bayar hutang kat Allah dulu baru mulakan keje baru selesa buat keje.""Bagus2...betul2.Ni akak ade hajat sikit ni. Akak nati kamu jgn marah ye!''"Ape nak dimarahi blum ditaye lagi""Kamu dah ade kawan special?"Soalan itu membuatkan aku tersenyum sendirian. Kenapalah hangat sangat soalan itu kepada aku sejak dua menjak ni.Dengan senyum aku membalas"Single and available. Nape nak masuk jarum ke?"Rajin lak aku menjual."Erm..akak nak kenalkan kamu ngan adik ipar akak boleh ke?"Perlahan suara Kak Ros padaku. Rasa merah muka ku dibuatye. Alamak !ada org nak beli ni....."Boleh, mana orgye."Tak sabar pulak."Betul , kamu nak kenal dia?Dia xde kat sini""x salah kan!kan menjalinkan sirahtulrahim itu amalan yg mulia''Pandai pula aku menjawab."Ok, petang ni akak kenalkan kamu dgn dia. Dia selalu abik akak balik keje.Pukul 6 ye''.''Saya kuar ofis labat, pukul 7 ++ baru balik , keje byk kak''"Alaaaa...... jupe kejap je". Malas nak crite pajang aku bersetuju je.
Setelah hampir sejam di theater room aku mengundur diri walaupun majlis belum tamat. Banyak urusan kerja perlu diselesaikan. Telefon di meja berbunyi. "Helo , Mimi speaking ''"Mi, ni Kak Ros , kamu xbalik lagi ke?""Blum"Mataku melirik ke jam meja ku. Sudah pukul 6pm.
"Blum, masih awal. Banyak keje lagi ni.""Akak kat lobby ni""0000.... sekejap ye kak , Mimi turun..""Xpe...xpe Mi...Akak pikir xpayahlah. Malu akak. Kamu tu putih sangatlah xpadan ngan ipar akak.""Apa akak merepek ni?Putih apa ye?"."Kamu tu kulit putih sangat, ngan akak pun kalah.apatah lagi ipar akak yg kelabu asap tu.""Biasalah...xde apa yg bezanya semuanya makhluk Allah."Xpe, Mi. Akak rasa baik xpayah kenal ipar akak tu. Dia gelap nati malu pulak akak....nati kamu kata org hitam macam tu nak kenalkan kat kamu.""Ish! ape pulak, padai2 lak akak ni...Mi ikhlas nak kenal dia...kejap ye nati Mi turun ke lobby.""Xpe2...ipar akak dah sapai ni..akak balik dulu ye.Assalamualaikum""Waalaikumusalam."Aku meletak telefon perlahan. Perbualan tadi mengingatkan aku sama seperti apa yang Bonda menceritkan padaku semasa cuti raya lepas. Ada org cuba merisikku tapi tapi bila melihat dengan mata kepala akan diriku terus membatalkan niat tersebut. Dengan alasan aku putih bak mutiara , bukan lawan anakye. Pelik. Aku akui memang aku tergolong golongan org yg berkulit putih tapi kenapa ianya melayan persoalan ye?Aku bukanye anak kacukan mat salleh atau mana2 bangsa luar. Aku anak melayu tulen. Agaknye istilah pipit sama pipit dan enggang sama enggang masih tidak luput dikalangan rakyat alaf 20-an ini.Ya Allah! Terima kasih atas pemberian-Mu ini. Aku amat rasa bersyukur atas anugerah ini. Akan aku jaga kelebihan yg diberikan oleh-Mu.Terima kasih Yang Masa Esa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan